Tuesday, June 12, 2007
Eksklusif : Pilihanraya umum pertengahan Ogos ini?

 
Pak Lah

Oleh: Wartawan klpos.com

TEKA-TEKI mengenai tarikh pilihanraya semakin kerap kedengaran, terbaru Perdana Menteri Abdullah Ahmad Badawi dijangka membubarkan Parlimen pada awal Ogos ini. Menurut satu sumber, Abdullah telah diberikan 'breafing' daripada sumber keselamatan dan dijangka memaklumkan kepada Kabinet mengenai perkembangan tersebut awal Julai.

*Manipulasi semangat patriotik

*kegembiraan 1.2 juta kakitangan awam

Abdullah dijangka melakukan lawatan rasmi ke luar negara mulai minggu hadapan dan apabila kembali semula ke Malaysia pada minggu ketiga Jun, beliau akan melakukan 'roadshow' memperkenalkan isteri barunya kepada orang ramai di seluruh negara.

"Disamping memperkenalkan isterinya di dalam 'roadshow' terbabit, Abdullah akan meninjau persiapan pilihanraya Barisan Nasional (BN) di setiap negeri dan jika beliau berpuas hati, Parlimen akan dibubarkan Ogos ini," kata sumber berkenaan.

Menurutnya lagi, BN akan memanipulasikan semangat patriotik rakyat sempena 50 tahun merdeka untuk meraih sokongan besar dalam pilihanraya akan datang.

"Ini penting kerana semangat patriotik paling tinggi pada bulan terbabit selain faktor kenaikan gaji kakitangan awam berkuat kuasa pada bulan Julai," katanya.

Jelasnya lagi, Abdullah akan mengambil kesempatan daripada rasa gembira kakitangan awam berikutan kenaikan gaji.

"Kalau kerajaan tunggu lebih lama lagi, kakitangan awam akan lupa tentang kenaikan gaji terutamanya selepas sambutan hari raya pada Oktober nanti,"katanya.

Terdapat lebih 1.2 juta kakitangan awam yang berkhidmat dengan kerajaan dengan sebahagian besar merupakan kaum bumiputera.

Ogos juga bulan di mana terdapat cuti penggal persekolahan dan foktor tersebut penting kerana pusat pengundian dilakukan di sekolah-sekolah seluruh negara.

Sementara itu, guru-guru yang berkhidmat sebagai pegawai pilihanraya SPR telah selesai menjalani kursus mengendalikan pilihanraya yang diadakan sejak April lalu.

Abdullah sebelum ini dilaporkan mengadakan pertemuan tertutup dengan Ketua Polis Negara Tan Sri Musa Hassan dan Pengerusi SPR Tan Sri Abdul Rashid Abdul Rahman di Pulau Pangkor pada Mei lalu.

Perjumpaan tiga jam itu diadakan semasa Perhimpunan Tahunan Ahli Parlimen dan Kelab Penyokong Barisan Nasional 11 hingga 14 Mei lalu.

Tarikh lain yang disebut-sebut untuk diadakan pilihanraya adalah September dan November tahun ini.
klpos.com

Posted at 11:49 am by puterakedah76
Make a comment  

22 Ogos pilihanraya umum ke 12?

NUJUM yang rapat dengan Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi dikatakan memberitahu tarikh 22 Ogos 2007 merupakan tarikh paling sesuai untuk diadakan pilihanraya. Menurut sumber, nujum terbabit memberitahu pada tarikh tersebut semua bintang-bintang berada di kedudukan yang sesuai bagi menyambut kemenangan besar Barisan Nasional (BN)

Abdullah dikatakan amat mengharapkan percapaian terbaik BN dalam pilihanraya umum 2004 berulang kembali bagi mengukuhkan kedudukan beliau sebagai Perdana Menteri penggal kedua.

Pun demikian, klpos.com dimaklumkan terdapat usaha-usaha yang dibuat oleh kumpulan yang pro bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad untuk memastikan BN kalah di Kelantan, Terengganu, Kedah dan Pulau Pinang.

Menurut sumber terbabit, kekalahan di negeri-negeri itu akan menyebabkan Abdullah berundur dan menyerahkan jawatan Perdana Menteri kepada timbalannya Datuk Seri Najib Tun Razak.

"Impian Dr Mahathir adalah untuk melihat Najib memegang kuasa sebagai orang nombor satu negara secepat mungkin," katanya.

Jelasnya lagi, kumpulan-kumpulan pro Dr Mahathir berharap PAS dengan kerjasama Keadilan dapat mengekalkan kuasa di Kelantan, menawan Terengganu dan mempunyai lebih kerusi di Kedah dan Perlis.

"Sementara, di Pulau Pinang, gabungan Keadilan dan DAP yang diterajui Datuk Seri Anwar Ibrahim diharap dapat menewaskan BN dalam pilihanraya akan datang," katanya.

Tambahnya, BN jika pakej itu berjaya, Abdullah akan dipaksa meletak jawatan sebagai Presiden UMNO, BN dan Perdana Menteri.

"Sementara BN akan kekal berkuasa, biarpun beberapa negeri menjadi milik pembangkang," katanya lagi.

klpos.com


Posted at 11:45 am by puterakedah76
Make a comment  

Sunday, June 10, 2007
Pemuda berjanji sediakan calon terbaik untuk PRU-12

KUALA LUMPUR, 9 Jun (Hrkh) - Pimpinan Pemuda akan mempersembahkan prestasi gerak kerja yang terbaik bagi menyediakan barisan calon muda untuk mengisi kuota calon pilihan raya umum ke-12 akan datang, kata Ketua Pemuda PAS Pusat, Salahuddin Ayub.

Jelasnya, Pemuda menyerahkan kepada pimpinan untuk menilai pemuda yang akan dipilih sebagai calon nanti kerana apa yang penting bagi beliau ialah amalan dan prinsip pemuda ialah bekerja dengan kuat serta komited dalam setiap tugasan yang telah dipertanggungjawabkan ke atas mereka.

"Berdasarkan sejarah pilihan raya yang telah disertai PAS sebelum ini, saya berani menyatakan bahawa pimpinan muda ini selalunya diberi keutamaan dan sering mendapat tempat di dalam parti," tambah beliau dengan penuh keyakinan dalam sidang media selepas mengumumkan senarai penuh jawatankuasa kerja Dewan Pemuda PAS Pusat sesi 2007/2009 termasuk AJK lantikan.

Pemuda katanya lagi, bukan bermaksud untuk melobi pimpinan tertinggi parti apatah lagi untuk meminta kuota tertentu untuk memilih mereka (Pemuda) bagi diketengahkan sebagai calon nanti.

Walau apapun kata Salahuddin, Pemuda akan bersiap sedia untuk menjalankan gerak kerja pilihan raya dan beliau yakin setelah melihat gelombang kebangkitan pemuda yang berjaya mengadakan program Himpunan 15 ribu Pemuda di Kelantan pada Disember lalu.

Turut hadir dalam sidang media itu ialah, Timbalan dan Naib Ketua yang baru Ustaz Nasruddin Hasan @ Tantawi serta Ustaz Azman Shapawi Abd Rani. - mns


Posted at 06:23 pm by puterakedah76
Make a comment  

Pemuda Pas mahu jadi lebih relevan kepada rakyat

KUALA LUMPUR:  Pemuda Pas hari ini mengumumkan pelan tindakannya bagi menjadikan parti itu lebih diterima rakyat dan relevan dengan perkembangan semasa.

Ketuanya Salahuddin Ayub berkata pergerakan itu telah melalui penjenamaan semula dan pengubahsuaian bagi menjadikannya lebih fokus terhadap usaha pembangunan negara.

Katanya pelan tindakan itu, antara lain, memberi fokus terhadap usaha melahirkan anggota yang dinamik dan cekap dalam menjalankan tugas mereka sebagai duta muhibah serta persaudaraan parti itu dalam kalangan rakyat.

"Ini ialah satu anjakan besar bagi Pemuda Pas untuk muncul dengan penampilan yang komprehensif dan kolektif untuk turut sama menyumbang kepada masyarakat.

"Kita tidak mahu duduk selesa dalam kelompok sendiri. Kita tidak mahu jadi pengkritik kepada kerajaan sahaja, kita mahu beri sumbangan kepada masyarakat dan terus relevan serta mendapat tempat dalam masyarakat," katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat Pemuda Pas di sini.

Beliau berkata anggota Pemuda Pas telah dikerah supaya membuat persiapan bagi menghadapi pilihan raya umum.

"Kita telah putuskan supaya semua anggota exco Pemuda menumpukan perhatian kepada gerak kerja ke arah menghadapi pilihan raya pada bila-bila masa sahaja," katanya. BERNAMA


Posted at 06:11 pm by puterakedah76
Make a comment  

Tumpu daftar pemilih, usah sibuk dengan calon pilihan raya

KOTA BHARU, 2 Jun (Hrkh) - Pimpinan PAS Pusat diminta memandang serius dan memberikan tumpuan utama kepada daftar pemilih yang kini diadakan sepanjang masa bagi memastikan penyertaan parti itu dalam pilihan raya tidak mudah ditipu Umno-BN.

Wakil Kelantan yang merupakan perwakilan pertama membahaskan Ucapan Dasar Presiden PAS, Ustaz Nasaruddin Daud menegaskan daftar pemilih adalah senjata utama yang tidak boleh dipandang remeh, sebaliknya harus diambil berat, dan ini memerlukan langkah segera.

"Pengalaman kita di Kelantan, yang dapat bertahan lebih 17 tahun sejak 1990 kerana kita sentiasa memberikan perhatian serius soal daftar pemilih ini," tegas Nasaruddin, sambil menegur ramai pemimpin utama PAS di negeri-negeri yang lebih sibuk mencari nama-nama calon dalam pilihan raya daripada mengadakan persiapan pendaftaran pemilih.

Beliau menekankan, disebabkan PAS Kelantan sentiasa membuat pemantauan berterusan kepada daftar pemilih, biarpun menghadapi tekanan hebat Umno, misalnya dalam pilihan raya 2004, kerajaan negeri masih mampu tegak bertahan.

"Walaupun semangat kita kuat berkobar-kobar, rajin menganjurkan majlis ceramah dan penerangan, tetapi sekiranya kita tidak memberikan persiapan soal daftar pemilih, maka akhirnya kita akan dikecewakan," ujar Nasaruddin lagi.

"Sekali lagi, saya amat mengharapkan pimpinan PAS Pusat memberikan perhatian istimewa kepada persoalan daftar pemilih ini sebelum terlewat. Banyak kerusi yang kita menang, termasuk di Kelantan ini, dengan majoriti tipis dan jika Umno-BN berjaya mendaftarkan lebih ramai pengundi baru, maka kedudukan kita mudah digugat," tambahnya.

Dalam ucapannya itu, beliau berulang kali menggesa seluruh gerak kerja dan jentera parti ditumpukan untuk mendaftarkan pengundi, termasuk orang-orang tua yang selama ini tidak diberikan perhatian serius.

Dalam pilihan raya ke-11 yang lalu, isu manipulasi daftar pemilih menjadi perbahasan hangat rakyat apabila ia didakwa penuh penipuan hasil komplot Umno-BN bersama Jabatan Pendaftaran Negara dan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

Malah, kekalahan mengejut PAS mempertahankan kerajaan negeri Terengganu juga disebabkan komplot jahat BN yang begitu terancang sehingga jumlah pengundi baru dalam tempoh 1999-2004 begitu luar biasa peningkatannya.

Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang dalam ucapan dasarnya menegaskan, "BN menang besar dalam pilihan raya Mac 2004 dengan dirancang secara tidak bermoral, bermula dengan persempadanan semula sehingga kedudukan daftar pemilih yang sangat dipertikaikan kebersihannya.

"Rakyat menyaksikan peratusan keluar mengundi hampir memecah rekod dunia. Ini didakwa pelbagai pihak sebagai barang pasti melibatkan kementerian dan jabatan tertentu termasuk SPR, Jabatan Pendaftaran Negara dan lain-lain. Contohnya, kajian mendapati wujud 128,000 pengundi di Selangor tidak mempunyai saluran mengundi, yang antara lainya telah mengkucar-kacir suasana pada hari mengundi sehingga berlaku penambahan masa." - mks.


Posted at 06:00 pm by puterakedah76
Comment (1)  

iINI LAH Sikap ahli umno: Cedera kena baling kerusi

MARANG: Seorang lelaki berusia 36 tahun cedera di kepala dipercayai terkena balingan kerusi ketika menghadiri mesyuarat Umno cawangan Beluka Sukai, di sini, malam kelmarin.
   Dalam kejadian kira-kira jam 10.15 malam itu, mangsa yang juga Pengerusi Tetap Pergerakan Pemuda Umno cawangan itu, Azlan Che Mat, dikatakan mengeluarkan kata-kata kesat terhadap Ketua Umno cawangan itu, Yahya Abdullah, 57, berikutan isu kegagalan membina padang bola di kawasan mereka.

Walaupun Pengerusi Tetap mesyuarat memberi penjelasan permohonan membina padang bola itu sudah dikemukakan kepada kerajaan negeri, mangsa dikatakan tetap tidak berpuas hati dengan jawapan berkenaan.

Berikutan itu, beberapa ahli yang berang dengan tindakan mangsa dikatakan melemparkan kerusi dan terkena kepala mangsa, menyebabkannya berdarah.

Akibat lemparan kerusi itu, mangsa dikatakan menerima 10 jahitan di Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) Kuala Terengganu.

Mangsa juga dikatakan membuat aduan di Balai Polis Chabang Tiga, Kuala Terengganu, kira-kira jam 2 pagi semalam.

Sementara itu, Ketua Polis negeri, Senior Asisten Komisioner I Datuk Ayub Yaakob, ketika dihubungi mengesahkan kejadian itu.

Posted at 04:04 pm by puterakedah76
Make a comment  

Barisan Pimpinan PAS 2007-2009

Dengan perlantikan enam orang AJK  tambahan yang baru selain dari 18 yang dipilih semasa Muktamar 53 di PUTIK baru-baru ini bererti lengkaplah sudah saf pimpinan Parti Islam SeMalaysia. Kita mendoakan mereka yang diberikan amanah ini dapat menjalankan kepercayaan yang diserahkan dengan komited dan penuh tanggungjawab.

Saf kepimpinan ini adalah gandingan mantap untuk berdepan dengan segala cabaran yang dihadapi oleh rakyat Malaysia dan umat Islam amnya serta ahli-ahli PAS khususnya terutama menjelang PRU yang bakal menjelma.



Pengerusi Tetap : Abu Kassim Abdullah
Timb. Pengerusi Tetap : Hussin Ismail

Presiden : YB. Dato' Seri Tuan Guru Hj Abdul Hadi Awang
Timbalan Presiden : Ustaz Nasaruddin Mat Isa
Naib Presiden :
YB. Datuk Hj Husam Musa
Hj Mohamad Sabu
Ustaz Hj Ahmad Awang
Setiausaha Agong : Dato' Kamarudin Jaffar
Bendahari Agong : Dr Hatta Ramli
Ketua Penerangan : Haji Mahfuz Omar
Ketua Dewan Ulama' : YB Datuk Hj Mohamed Daud Iraqi
Ketua Dewan Pemuda : YB Salahuddin Ayob
Ketua Dewan Muslimat : Ustazah Nuridah Salleh
Pengarah Pilihanraya PAS Pusat : Dato' Hj Mustafa Ali

Ahli Jawatan Kuasa :

1. Dato' Hj Tuan Ibrahim Tuan Man
2. Ustaz Idris Hj Ahmad
3. Ustaz Abd Ghani Shamsuddin
4. Dato' Hj Ust Abu Bakar Chik
5. Dr Syed Azman Syed Nawawi
6. Dr. Lolo Mohd Ghazali
7. Ustaz Abd Ghani Abd Rahman
8. Sdr Hanipa Maiden
9. Ustaz Mujahid Yusof Rawa
10. YB Ir Amiruddin Hamzah
11. YB Ustaz Azizan Abd Razak
12. Ustaz Taib Azamuddin
13. YB Dato' Anuar Tan Abdullah
14. Dr Zulkiflee Ahmad
15. Sdr Mazlan Aliman
16. YB Ustaz Nik Amar Nik Abdullah
17. YB Datuk Abdul Halim Abdul Rahman
18. YB Datuk Takiyyuddin Hassan
19. Dato' Harun Taib
20. Ustazah Azizah Khatib Mat
21. Haji Wan Mutalib Embong
22. Haji Asmuni Awi
23. Anuar Tahir
24. Dr. Mariah Mahmud

Pemeriksa Kira-kira
1. Abdul Malek Yusof
2. Rashidi Hassan

Pesuruhjaya-pesuruhjaya Negeri

Pulau Pinang - Ustaz Saleeh Man
Perlis -  Ustaz Hasim Jasin
Kedah - Ustaz Azizan Abdul Razak
Perak - Ustaz Ahmad Awang
Selangor - Dato' Dr Hassan Ali
Wil Persekutuan - Ustaz Mohamad Nor
Negeri Sembilan - Haji Zulkifli Mohd Omar
Melaka - Ustaz Abdul Ghani Abdul Rahman
Johor - Dr Mahfodz Muhd
Pahang - Dato' Tuan Ibrahim Tuan Man
Terengganu - Dato' Mustafa Ali
Kelantan - Dato' Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat
Sabah - Haji Muhammad Abdullah
Sarawak - Ustaz Haji Osman


Posted at 03:13 pm by puterakedah76
Make a comment  

Enam dilantik AJK PAS Pusat, Mahfuz sebagai Ketua Penerangan


 mahfuzKUALA LUMPUR, 9 Jun (Hrkh) - Mesyuarat Pertama PAS Pusat sesi 2007-2009 yang selesai tengah malam tadi telah melantik enam AJK PAS Pusat yang baru sebagai tambahan kepada saf barisan kepimpinan yang dipilih pada Muktamar PAS yang ke-53 baru-baru ini.

Mereka terdiri daripada Dato' Harun Taib, Ustazah Azizah Khatib Mat, Haji Wan Mutalib Embong, Haji Asmuni Awi, Anuar Tahir dan Dr. Mariah Mahmud.


Manakala bagi jawatan Setiausaha dan Bendahari Agung PAS, Dato' Kamarudin Jaffar dan Dr Hatta Ramli masing-masing mengekalkan jawatan tersebut.

Mesyuarat yang bermula jam 9 malam itu juga, turut melantik Haji Mahfuz Omar selaku Ketua Penerangan PAS Pusat yang baru manakala Pengarah Pilihanraya PAS Pusat kekal disandang oleh Dato' Haji Mustafa Ali.

Demikian menurut satu senarai penuh Jawatankuasa PAS Pusat yang dibaca oleh Ketua Pemuda PAS Salahudin Ayub kepada Harakahdaily.net yang turut disertai oleh Presiden PAS Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang sebaik sahaja mesyuarat tamat kira-kira 12 tengah malam di Pejabat Agung PAS dekat sini.

"Bagi Pesuruhjaya Negeri pula, hanya Pulau Pinang, Negeri Sembilan dan Sarawak sahaja yang menampilkan muka baru manakala yang lain-lain kekal seperti biasa," kata Salahudin.

Pesuruhjaya Negeri (PJ) Pulau Pinang yang baru ialah Ustaz Salleh Man, Haji Zulkifli Mohd Omar sebagai (PJ Negeri Sembilan) dan Ustaz Haji Osman (PJ Sarawak), katanya.

Selain itu bagi negeri Perlis masih mengekalkan Ustaz Hasim Jasin sebagai PJ, Ustaz Azizan Abdul Razak (PJ Kedah), Ustaz Ahmad Awang (PJ Perak), Ustaz Mohamad Nor (PJ Wilayah Persekutuan), Dato'Dr Hassan Ali(PJ Selangor) dan Ustaz Abdul Ghani Abdul Rahman (PJ Melaka).

Bagi Pahang pula, Dato' Tuan Ibrahim Tuan Man kekal sebagai PJ negeri, Dato' Mustafa Ali (PJ Trengganu), Dr Mahfodz Muhd (PJ Johor), Haji Muhammad Abdullah (PJ Sabah) dan Dato' Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat sebagai Pesuruhjaya Negeri Kelantan.

"Bagi Lajnah-lajnah dan senarai ahli lembaga Pengarah Harakah pula, ianya akan diumumkan kemudian," kata Salahudin.

Sebelum itu, pada sebelah paginya telah diadakan Mesyuarat Dewan Pemuda PAS yang telah pun melantik ahli jawatankuasa masing-masing manakala dijangka hari ini (Ahad) jam 10 pagi, akan diadakan pula Mesyuarat pertama bagi Dewan Muslimat PAS Pusat.-



Posted at 12:25 pm by puterakedah76
Make a comment  

   

<< November 2009 >>
Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat
01 02 03 04 05 06 07
08 09 10 11 12 13 14
15 16 17 18 19 20 21
22 23 24 25 26 27 28
29 30


If you want to be updated on this weblog Enter your email here:



rss feed